Asnaf Fakir Miskin di Enam Mukim Daerah Manjung Terima Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M

Pulau Pangkor, 8 Jun 2017 - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan Aidilftri kepada enam mukim daerah Manjung. Penghulu setiap mukim tersebut telah menerima bantuan Aidilfitri berjumlah keseluruhan RM430,000.00 untuk diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin di dalam mukim Setiawan,Pengkalan Bharu,Lumut, Beruas, Lekir dan Pulau Pangkor. Terlebih dahulu, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Manjung dan Masjid Al-Badr Seribu Selawat di Teluk Gedong, Pangkor. Baginda kemudiannya berkenan berbuka puasa bersama 1,000 penduduk Pulau Pangkor dan menunaikan solat tarawih di Masjid Al Badr Seribu Selawat sebelum berangkat pulang.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.