Perhimpunan Bulanan MAIPk Bil 1/2017

IPOH, 15 Jun 2017 (Khamis) â Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan MAIPk Bil 1/2017 bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali. Bahagian Agihan Zakat telah diberi kepercayaan oleh Pengurusan Tertinggi MAIPk sebagai pengelola dan urusetia untuk majlis perhimpunan bulanan tersebut. Perhimpunan bulanan ini melibatkan semua perkhidmat MAIPk daripada ibu pejabat serta semua cawangan daerah. Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna, nyanyian lagu Kebangsaan, lagu Negeri Perak, bacaan doa, dan makluman berita-berita semasa MAIPk.

Acara utama dimulakan dengan ucapan YBrs. Dr. Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Antara intipati ucapan beliau telah menyatakan semua pekhidmat MAIPk perlu memberi komitmen yang sepenuhnya dalam tugasan yang telah diarahkan. Selain itu, beliau memberitahu kepada semua pekhidmat MAIPk bahawa kepentingan Key Performance Indicator (KPI) kepada pekhidmat MAIPk. Beliau menegaskan semua pekhidmat MAIPk sama ada peringkat atasan hingga bawahan terlibat bersama-sama untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan di mana ianya selari dengan Buku Pelan Strategik MAIPk 2016-2021. Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada wakil MBJ Sesi 2015/2016.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.