KAUNTER ZAKAT DI UPSI

29 dan 30 September 2012 , MAIPk telah membuka kaunter zakat di Kolej Zaba, Universiti Pendidikan Sultan Idris,(UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Bandar Proton, Tg Malim. Pembukaan kaunter tersebut sempena dengan Karnival Keindahan Kolej Za'ba anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Zaba, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim. Ini merupakan kali pertama MAIPk menerima jemputan dari UPSI untuk membuka kaunter zakat di IPTA. UPSI juga merupakan agen amil kutipan zakat bagI MAIPk. Satu usaha yang berterusan pihak MAIPk dan UPSI dalam memperkasakan dan memberikan kesedaran terhadap amalan berzakat di kalangan pelajar dan golongan akademik di IPTA. Pegawai MAIPk yang terlibat ialah En.Shamsul Anuar bin Zakaria, En. Muhammad Fauzan bin Abdul Rahim, En. Aizat bin Sabri, En. Muhammad Izzat Naqiuddin bin Abdul Kadir dan turut dibantu oleh Pegawai Baitulmal Daerah Slim River.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.