Pembukaan Booth di Kampar

6 dan 7 Oktober 2012, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Pejabat MAIPk Daerah Kampar telah membuka booth di majlis sempena Karnival Jelajah Sihat Peringkat Daerah Kampar dan kenali BMI anda peringkat Negeri Perak 2012 anjuran Pejabat Kesihatan Kampar. Karnival telah diadakan di padang Sekolah Agama Rakyat Al-Syuhadah, Bandar Baru Kampar. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Kampar. Tujuan pembukaan booth tersebut ialah untuk memberikan maklumat dan penerangan kepada orang awam berkenaan fungsi MAIPk terutamanya yang melibatkan zakat. Orang ramai juga telah mendapatkan panduan berkenaan pengiraan zakat pendapatan yang boleh diperolehi pada masa tersebut. Pada masa yang sama wadah MAIPk dan risalah-risalah berkenaan zakat juga telah diedarkan kepada orang awam yang datang ke booth MAIPk. Iainya satu komitmen dari MAIPk untuk memberikan pendedahan dan maklumat berkenaan zakat kepada orang awam.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.