Program Jejak Asnaf MAIPk di Daerah Pengkalan Hulu

Pengkalan Hulu, 21/8/2017 Program Jejak Asnaf diteruskan ke daerah Pengkalan Hulu. Skuad Prihatin Asnaf yang diketuai AF Ustaz Encik Ahamad Muzammil Bin Arbain, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat telah melakukan ziarah dan menyantuni lima keluarga di sekitar daerah ini.

Selain daripada memberi sumbangan bantuan segera, melalui ziarah ini juga, pihak MAIPk dapat mengenalpasti masalah dan keperluan keluarga yang terlibat, dengan ini, pelbagai skim bantuan akan dapat disalurkan kepada mereka, antaranya adalah bantuan baikpulih rumah, bantuan bina rumah, bantuan perubatan dan bantuan kewangan bulanan.





























.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.