MAIPk bersama warga KVLC

Selasa 16 Oktober 2012, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melalui Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Zakat telah membuka kaunter zakat yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Kolej Vokasional, Lebuh Cator, Ipoh. Iainya bertujuan untuk memberikan kemudahan serta penerangan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut berkenaan zakat pendapatan melalui potongan gaji. Borang potongan gaji serta risalah zakat juga diedarkan kepada guru-guru yang hadir. Iainya satu komitmen dari MAIPk untuk memberikan pendedahan dan maklumat berkenaan zakat potongan gaji kepada warga guru. Pegawai MAIPk yang terlibat Ustaz Munawir bin Mohamed Noh dan Encik Shamsul Anuar bin Zakaria.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.