Jejak Asnaf Daerah Gerik

Gerik, 22/8/2017 Program Jejak Asnaf diteruskan ke daerah Gerik. Skuad Prihatin Asnaf yang diketuai AF Ustaz Encik Ahamad Muzammil Bin Arbain, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat telah melakukan ziarah dan menyantuni empat keluarga di sekitar daerah ini.

Skuad Prihatin Asnaf telah menziarahi Encik Mohamad Khalid bin Dae di Kampong Air Panas. Beliau seorang penoreh getah yang mempunyai tanggungan seramai enam orang dan menderita penyakit kencing manis yang kronik. Rumah keluarga ini dalam keadaan uzur dan membahayakan penghuni. Pihak MAIPk telah menyumbangkan bantuan segera dan akan membantu keluarga ini dalam permohonan baikpulih rumah.

Kemudian Skuad Prihatin Asnaf bergerak ke Kampung Tun Saban untuk menziarahi Encik Saidin bin Ramli dan pasangan, Puan Normah Bin Wan Samad. Pasangan ini bekerja sebagai penoreh getah dan memerlukan bantuan untuk membaikpulih rumah mereka.
Puan Hasimah binti Abu seorang Ibu tunggal, tinggal di Kampung Umbut Bongor. Beliau tinggal bersama seorang anak lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental. Rumah yang jauh di pendalaman dan tiada bekalan air yang bersih. Pihak MAIPk akan membantu keluarga ini untuk membaikpulih kediaman mereka kepada keaadan yang lebih selesa dan selamat.

Dan untuk lokasi terakhir, Skuad Prihatin Asnaf MAIPk telah menziarahi keluarga Puan Norawati binti Hassan, yang tinngal di Kampung Pahat Dalam bersama tiga orang anak beliau. Keadaan rumah yang uzur dan anak yang mempunyai masalah kesihatan memerlukan Puan Norawati untuk kediaman yang selesa dan selamat. Pihak MAIPk akan membantu Puan Norawati untuk permohonan bantuan bina rumah beliau.

Selain daripada memberi sumbangan bantuan segera, melalui ziarah ini juga, pihak MAIPk dapat mengenalpasti masalah dan keperluan keluarga yang terlibat, dengan ini, pelbagai skim bantuan akan dapat disalurkan kepada mereka, antaranya adalah bantuan baikpulih rumah, bantuan bina rumah, bantuan perubatan dan bantuan kewangan bulanan.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.