• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program HALAQATUL-TUJJAR Bersama Petronas Dagangan


Dato' Sheikh Mohamah Nor bin Mansur sedang memberikan ucapan perasmian

22 Oktober 2012, Isnin - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak bersama Petronas Dagangan telah menganjurkan satu program yang dinamakan Halaqatul Tujjar yang membawa maksud perhimpunan semua peniaga. Program tersebut telah diadakan di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh. Ianya khusus untuk memberikan penerangan dan meningkatkan kesedaran amalan berzakat di kalangan pengusaha-pengusaha stesyen minyak Petronas di seluruh negeri Perak. Y.Bhg Dato' Sheikh Mohamah Nor bin Mansur, Pegawai Agama MAIPk yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk telah memberikan ucapan seterusnya merasmikan program tersebut. Beliau turut menerangkan maksud tujjar dalam bahasa Arab yang membawa maksud perhimpunan semua peniaga. Ianya bertepatan dengan tema program yang mengumpulkan semua pengusaha stesyen minyak Petronas dari suluruh negeri Perak. Beliau juga menegaskan bahawa setiap amalan dalam perniagaan mestilah amalan yang tidak merosakkan demi memperolehi keberkatan. Di samping galakan berzakat, dijelaskan juga kemana agihan wang zakat disalurkan. Antara contoh agihan bantuan wang zakat, adalah seperti bantuan hemodialisis, bantuan pelajaran, bantuan bina rumah. Wakil daripada Petronas Dagangan Bhd iaitu Tuan Syed Azmir bin Syed Abdullah selaku Pengurus Wilayah Runcit memberikan ucapan aluan. Antara intipati ucapan, beliau menyatakan rasa berbesar hati di atas kerjasama yang telah dijalinkan dalam usaha untuk memartabatkan zakat perniagaan khususnya kepada pengusaha-pengusaha Stesyen Minyak Petronas.

Tuan Haji Abd Aziz Abu Bakar selaku Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk ZAKAT PERNIAGAAN. Di antara initipati pembentangan beliau ialah kaedah dan format taksiran zakat perniagaan, pelarasan dalam taksiran, zakat dan cukai dan isu-isu zakat dan cukai. Di akhir majlis, Ustaz Bakri bin Lee, Penolong Setiausaha, Bahagian Zakat telah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Syed Azmir bin Syed Abdullah dan Tuan Haji Abd Aziz Abu Bakar. Moga jalinan kerjasama antara Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak dan sektor swasta dalam usaha mertabatkan amalan berzakat ini diredhai Allah S.W.T.














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.