MAIPK Menuju Ke Arah Mobile Payment

16 Oktober 2012, Selasa MAIPk telah menerima lawatan daripada syarikat Dapat Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan hebahan maklumat secara maya dan pembayaran secara dalam talian. Encik Rohizan bin Haji Omar selaku Penolong Setiausaha, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAIPk telah mempengerusikan perbincangan tersebut. Pegawai dari MAMPU selaku agensi yang bertanggungjawab dalam melaksana dan menyelaraskan sistem kerja dan inovasi dalam perkhidmatan awam turut hadir semasa taklimat tersebut. Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak telah terpilih sebagai salah satu daripada lima agensi kerajaan untuk melaksanakan kaedah hebahan dan payment secara online. Encik Nabil, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Dapat Sdn Bhd telah membentangkan berkenaan konsep dan pelaksanaan sistem tersebut.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.