• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Ziarah Korporat MAIPk 2017

GERIK - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Program Ziarah Korporat 2017 pada 31 Oktober hingga 1 November 2017 di beberapa lokasi yang terpilih di Zon Hulu Perak yang merangkumi daerah Kuala Kangsar, Lenggong dan Gerik. Peserta dan tetamu yang terlibat dianggarkan seramai 100 orang terdiri daripada wakil pelbagai agensi seperti syarikat korporat, GLC, Badan NGO, para media, blogger dan jemputan khas.

Pada program Ziarah Korporat MAIPk 2017 ini ianya bermula di Kuala Kangsar dengan pihak MAIPk menyampaikan sumbangan bantuan baucar persekolahan kepada anak yatim dan fakir miskin, sumbangan perkapita kepada pengurusan anak yatim, pembinaan premis perniagaan, sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan bantuan modal yang berkeseluruhan berjumlah RM2,006,521 juta dengan membabitkan sejumlah 5,843 penerima. Majlis penyampaian bantuan tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin.

Selain itu, antara program yang dianjurkan sepanjang 2 hari 1 malam ini ialah tinjauan mesra projek 1 Masjid, 1 Perniagaan Asnaf, lawatan projek bangunan kediaman pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang telah siap dibina berharga RM15 Juta, majlis ramah mesra bersama asnaf dengan menzirahi ke rumah-rumah asnaf, makan malam korporat & majlis dialog bersama MAIPk, dan diakhiri dengan menyantuni asnaf Muallaf di perkampungan Orang Asli RPS Kemar, Gerik. Turut serta dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Bin Muhamed serta pegawai-pegawai MAIPk Ibu pejabat dan daerah-daerah.

Program Ziarah Korporat mendapat respon yang positif oleh semua pihak kerana program berkonsepkan konvoi & ziarah seperti ini memberi peluang setiap peserta melihat sendiri secara langsung peranan yang dimainkan oleh MAIPk bagi membantu dan memperkasakan masyarakat melalui Dana Zakat. Peserta juga turut diberi pendedahan untuk merasai pengalaman tentang kepayahan dan keperitan hidup yang ditanggung oleh para asnaf selama ini.

Program Ziarah Korporat ini merupakan platform yang terbaik untuk setiap agensi atau individu korporat menzahirkan rasa keprihatinan terhadap saudara seislam yang kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka. Semoga program Ziarah Korporat MAIPk , mampu menarik lebih ramai agensi dan individu korporat di luar sana untuk terus konsisten menunaikan fardhu zakat di MAIPk bagi membela nasib para asnaf di Negeri Perak khususnya. Sama-samalah kita memelihara kesejahteraan ummah demi perpaduan dan kemajuan ummat Islam sejagat.


































.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.