• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Bengkel Pecutan Akhir Amil MAIPk Peringkat Zon Tengah Tahun 2017

Bengkel Pecutan Akhir Amil MAIPk Peringkat Zon Tengah Tahun 2017

MANJUNG Amil-amil MAIPk peringkat Zon Tengah (Kampar, Batu Gajah, Seri Iskandar dan Manjung) menghadiri program Bengkel Pecutan Akhir Amil MAIPk Peringkat Zon Tengah Tahun 2017 pada 15 November 2017 sehingga 16 November 2017. Program tersebut diadakan di Hotel Ritz Garden, Manjung yang dihadiri 80 amil. Program tersebut diadakan bagi berkongsi pengetahuan dan maklumat kepada para peserta mengenai maklumat terkini tentang bantuan-bantuan agihan MAIPk, Waqaf Perak Ar-Ridzuan dan kaedah taksiran Zakat. Para penceramah program tersebut terdiri daripada pekhidmat-pekhidmat MAIPk. Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Ustaz Ahmad Nazim bin Md. Tajuri turut hadir menyempurnakan majlis penutup program tersebut.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.