• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • Announcement
  • Bengkel Penggubalan Draf Peraturan-Peraturan Zakat Dan Fitrah Negeri Perak 2020

Bengkel Penggubalan Draf Peraturan-Peraturan Zakat Dan Fitrah Negeri Perak 2020

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Bengkel Penggubalan Draf Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perak 2020 pada 30 September hingga 2 Oktober 2020 bertempat di Perdana Kuala Lumpur City Centre.  Bengkel yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari telah membahas dan menyemak draf Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perak 2020 untuk menggantikan Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perak 1975. Matlamat bengkel bertujuan untuk menggubal dan mengadakan suatu draf akhir, draf Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perak yang terkini, untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Syariah Negeri Perak.  Bengkel berkenaan turut disertai oleh pegawai tertinggi di peringkat pengurusan dan sebahagian pegawai MAIPk. Bengkel telah diurusetiakan oleh Unit Undang-Undang MAIPk.










Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.