• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News
  • MAIPk ANJUR PROGRAM TAUTAN RAMADAN : MEMBINA INTEGRITI DAN JIWA IHSAN

MAIPk ANJUR PROGRAM TAUTAN RAMADAN : MEMBINA INTEGRITI DAN JIWA IHSAN

IPOH, 11 Mac 2026 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Program Tautan Ramadan : Membina Integriti dan Jiwa Ihsan di surau dan dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Program sebelah pagi dimulakan dengan sesi tafsir dan tadabbur al-Quran yang disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Barat, AF Ustaz Mohd Latiff bin Talib. Program diteruskan dengan tazkirah Ramadan bertajuk “Ramadan: Mencari Lailatul Qadar - Persediaan Rohani” yang disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husin, Sheikh Ruwaq Jawi Kaherah.

Sesi petang diteruskan dengan slot khas eksekutif yang disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat MAIPk, Encik Rohizan bin Haji Omar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa, sebelum diakhiri dengan majlis berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Semoga penganjuran program ini dapat terus memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga kerja MAIPk serta menyemai semangat Ramadan yang berteraskan integriti dan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah kepada umat Islam di negeri Perak.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.