• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News
  • MAIPk BIMBING 60 BAKAL USAHAWAN PROPER A MELALUI SEMINAR HIJRAH MINDA ASNAF

MAIPk BIMBING 60 BAKAL USAHAWAN PROPER A MELALUI SEMINAR HIJRAH MINDA ASNAF

Taiping, 10 Mei 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Seminar Hijrah Minda Asnaf yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Mei 2026 di Hotel Seri Warisan Taiping. Seramai 60 bakal usahawan telah terpilih menyertai Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) MAIPk 2026 yang melibatkan bidang keusahawan membaiki telefon bimbit, perkhidmatan cuci kereta bergerak dan usahawan caregiver.

Penganjuran seminar ini bertujuan untuk membentuk transformasi minda, sikap, jiwa dan perilaku peserta agar lebih bersedia menceburi bidang keusahawanan secara serius dan berdaya saing yang mampu melahirkan usahawan asnaf yang berjaya.

Sepanjang seminar berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian berbentuk motivasi, pembangunan diri dan perkongsian pengalaman. Di samping itu, aspek kerohanian turut diberi penekanan dengan mengingatkan peserta bahawa segala bentuk rezeki, kejayaan dan pencapaian adalah datang daripada Allah SWT.

Majlis penutup seminar telah disempurnakan oleh Encik Amirudin bin Osman, Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf MAIPk, yang turut menyampaikan kata-kata inspirasi dan semangat kepada para peserta untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.