π πππ£πΈ πππππ‘ππ π₯π π°π³π¬,π¬π¬π¬ π§πππ πππππ ππ¦π‘ππ πππ¨π§π π£π₯π’ππ₯ππ πππ ππππ₯ππ‘ π£ππ₯πππ£ππππ‘ β ππ¨ππ§π ππ’π ππ§π ππ‘ π£ππ₯πππ¦π ππππ‘ππ π§π©ππ§
IPOH, 29 Jun 2026 β Majlis Agama Islam dan βAdat Melayu Perak (MAIPk) terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) apabila memperuntukkan RM470,000 bagi menaja 25 belia asnaf mengikuti Kursus Kelasi Kapal (Deck & Enjin) dalam Bidang Perkapalan.
Dengan kos RM18,800 bagi setiap peserta, pelaburan ini mencerminkan iltizam MAIPk untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri, sekali gus membuka laluan kepada kehidupan yang lebih mampan dan sejahtera.
Sepanjang tiga bulan, para peserta akan mengikuti latihan profesional di Ranaco Education Traning Institut, Chukai, Terengganu. Program ini merangkumi latihan teori dan amali, pensijilan profesional serta Lesen Pelaut, yang merupakan antara syarat utama untuk menceburi industri perkapalan.
TVET bukan sekadar platform pembangunan kemahiran, malah menjadi pemangkin kepada transformasi sosioekonomi golongan asnaf.
Sejurus menamatkan latihan, para peserta akan terus ditempatkan bekerja dalam industri perkapalan, sekali gus memperoleh peluang membina kerjaya profesional, meningkatkan kompetensi serta menikmati prospek pendapatan yang lebih baik.
Sejurus menamatkan latihan, para peserta akan terus ditempatkan bekerja dalam industri perkapalan, sekali gus memperoleh peluang membina kerjaya profesional, meningkatkan kompetensi serta menikmati prospek pendapatan yang lebih baik.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Encik Amirudin bin Osman, di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.
Semoga semua peserta berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang dan seterusnya menjadi tenaga kerja profesional yang berintegriti, berdaya saing serta mampu mengubah masa depan diri dan keluarga melalui laluan TVET.








