MAIPk BANTU NELAYAN TAMBAH PENDAPATAN DI KAMPONG GAJAH
KAMPONG GAJAH – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyampaikan bantuan peralatan perikanan bernilai RM1804 di bawah Skim Bantuan Modal kepada seorang nelayan darat, Encik Kamarul Zaman bin Yahya, dari Kampung Tersusun Teluk Memali Mukim Pasir Panjang Ulu, Kampong Gajah.
Encik Kamarul Zaman merupakan nelayan darat yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di sekitar Sungai Perak dan menjadikan pekerjaan tersebut sebagai sumber pendapatan utama bagi menyara kehidupan keluarga.
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan MAIPk Kampong Gajah, Encik Muhamad Amir Amirul bin Ismail. Pihak MAIPk berharap agar bantuan ini dapat membantu meningkatkan pendapatan Encik Kamarul sekali gus meringankan beban kehidupan seharian keluarga beliau.








