• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News
  • MAIPk RINGANKAN BEBAN PESAKIT ASNAF MENERUSI BANTUAN PERUBATAN DI MUALLIM

MAIPk RINGANKAN BEBAN PESAKIT ASNAF MENERUSI BANTUAN PERUBATAN DI MUALLIM

MUALLIM – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited dalam menyantuni golongan asnaf melalui Skim Bantuan Perubatan. Pengurus MAIPk Cawangan Muallim, Encik Mohd Rosmini bin Mohd Rosli turun padang menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada beberapa penerima di daerah Muallim.

Antara penerima bantuan ialah Encik Mohamed Noor bin Itam, 97, yang menetap di Kampung Piong. Beliau kini terlantar akibat faktor usia menerima bekalan lampin pakai buang, minuman nutrisi Nova Activmax serta lain-lain keperluan penjagaan berjumlah RM4,569.60.

Sementara itu, adik Daris Aish Mifzal bin Mohd Rashidee, 11, dari Felda Sungai Behrang yang menghidap Central Hypotonia Global Delay dan Cerebral Atrophy menerima bantuan bernilai RM3,402.00. Bantuan yang disalurkan merangkumi bekalan susu formula khas, nestum dan lampin pakai buang bagi tempoh enam bulan.

Selain itu, Puan Maimon binti Yaacob, 70, menetap di Kuarters Hospital Slim River telah menghidap diabetes kronik. Beliau menerima bantuan berbentuk bekalan lampin pakai buang, susu Nutrixgold dan tisu basah Proskin berjumlah RM5,389.20.

Turut menerima bantuan ialah Puan Nor Emah binti Md Ali, 71, dari Kampung Kurnia yang menghidap kanser usus telah menerima bantuan bernilai RM13,805.60. Bantuan tersebut merangkumi bekalan susu Ensure Gold, lampin pakai buang serta pelbagai keperluan penjagaan lain bagi tempoh enam bulan.

MAIPk sentiasa komited memastikan kebajikan golongan asnaf terus diberi perhatian. Diharapkan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban penerima dan keluarga, sekali gus membantu meningkatkan kualiti hidup mereka sepanjang menjalani rawatan kesihatan.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.