• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News
  • BENGKEL BACAAN DAN PEMAHAMAN GARIS PANDUAN (SIRI 2)

BENGKEL BACAAN DAN PEMAHAMAN GARIS PANDUAN (SIRI 2)

TAIPING, 13 JULAI 2026 – Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Bengkel Bacaan dan Pemahaman Garis Panduan (Siri 2) yang menghimpunkan pegawai dan kakitangan berkaitan bagi memperkukuh kefahaman terhadap pelaksanaan prosedur kerja serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Puan Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Ketua Pegawai Operasi MAIPk, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan pematuhan terhadap garis panduan sebagai asas kepada tadbir urus yang berintegriti, sistematik dan berkesan.

Sepanjang bengkel, para pekhidmat telah mengikuti sesi pembacaan dan perbincangan melibatkan tiga garis panduan utama iaitu:

✅ Garis Panduan Pengurusan Hutang Sewaan ;
✅ Garis Panduan Pengurusan Harta Luqatah; dan
✅ Garis Panduan Sewaan Fasiliti.

Semoga bengkel ini dapat memperkukuh tadbir urus perkhidmatan MAIPk.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.