• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News
  • KONVENSYEN BAITULMAL KEBANGSAAN 2026

KONVENSYEN BAITULMAL KEBANGSAAN 2026

KUALA NERUS, 28 Julai 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk), Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh bersama beberapa pegawai MAIPk telah menghadiri Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 28 hingga 29 Julai 2026 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

Konvensyen yang menghimpunkan institusi-institusi Baitulmal dari seluruh negara ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh jaringan kerjasama, berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam meningkatkan tadbir urus dan pengurusan Baitulmal yang lebih cekap, berkesan dan berimpak.

Program yang dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini turut menjadi medan perbincangan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan peranan institusi Baitulmal dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti demi kesejahteraan ummah.

Semoga penyertaan MAIPk dalam konvensyen ini dapat memperkukuh perkongsian ilmu serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada masyarakat.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.