• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News
  • MAIPk PACU PERSEDIAAN PELAJAR BIASISWA BAITULMAL HADAPI SPM 2026

MAIPk PACU PERSEDIAAN PELAJAR BIASISWA BAITULMAL HADAPI SPM 2026

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) meneruskan komitmen dalam memperkasa pendidikan anak-anak asnaf menerusi pelaksanaan Program Seminar Cemerlang SPM 2026 yang melibatkan pelajar penerima Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk di Zon Utara dan Zon Timur.

Bagi Zon Utara, program yang berlangsung pada 12 Ogos 2026 di Bukit Merah Laketown Resort disertai seramai 50 orang murid Tingkatan 5 penerima Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk dari Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Kerian.

Sementara itu, program yang sama bagi Zon Timur diadakan pada 13 Ogos 2026 bertempat di Dewan Persidangan Gerik, dengan penyertaan seramai 45 orang murid Tingkatan 5 penerima biasiswa dari Daerah Kuala Kangsar dan Daerah Hulu Perak.

Program ini merupakan antara inisiatif pecutan akhir MAIPk bagi membantu para pelajar membuat persediaan yang lebih mantap menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.

Antara pengisian yang disediakan sepanjang program termasuk ceramah motivasi, bengkel teknik menjawab soalan SPM serta taklimat penajaan tuisyen secara dalam talian.

Melalui pengisian tersebut, para pelajar didedahkan kepada strategi pembelajaran yang lebih efektik, teknik menjawab soalan yang tepat serta suntikan motivasi bagi meningkatkan keyakinan dan persediaan mereka menghadapi peperiksaan.

MAIPk berharap program ini dapat menyuntik semangat serta meningkatkan keyakinan para pelajar untuk terus berusaha dengan gigih, seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2026 dan merealisasikan impian masing-masing ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

Turut hadir pada program ini Encik Mohd Saufi bin Ibrahim, Pengurus Besar MAIPk Zon Utara; Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIPk dan Encik Shamsul Anuar bin Zakaria, Pengurus MAIPk Cawangan Gerik.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.