MAIPk CAWANGAN PARIT BUNTAR SALUR BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KUALA KURAU
KUALA KURAU, 2 September 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited dalam memastikan kebajikan masyarakat yang ditimpa musibah sentiasa diberi perhatian melalui penyaluran Bantuan Segera.
Pengurus MAIPk Cawangan Parit Buntar, Encik Muhammad Isyraf Danial bin Mazlan, bersama Penghulu Kuala Kurau telah mengadakan ziarah ke kediaman seorang ibu tunggal yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kuala Kurau.
Kejadian tersebut telah mengakibatkan rumah mangsa musnah sepenuhnya (100 peratus), sekali gus menyebabkan mangsa kehilangan tempat tinggal serta harta benda.
Ziarah tersebut merupakan tanda keprihatinan MAIPk terhadap golongan yang ditimpa musibah. Penyaluran Bantuan Segera diharap dapat membantu meringankan beban mangsa serta memenuhi keperluan asas dalam tempoh kecemasan.
Diharapkan bantuan yang disalurkan dapat menjadi pemangkin kekuatan kepada mangsa untuk terus tabah, bangkit semula dan meneruskan kehidupan selepas ditimpa musibah.












