• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022 mula dibuka 21 Mac 2022 sehingga 15 April 2022.
Syarat Permohonan:

a. Pelajar tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022
b. Pelajar adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin
c. Pencapaian pelajar mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2021.

Manfaat:
a. Menerima biasiswa tahunan
b. Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan
c. Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk
MOHON SEGERA.

Sekiranya berminat, dapatkan segera BORANG BANTUAN BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL daripada pejabat MAIPk terdekat atau boleh dimuat turun daripada portal rasmi MAIPk di pautan https://www.maiamp.gov.my/.../borang%20biasiswa...
Sertakan dokumen:
i. KP Pemohon
ii. KP Ibubapa
iii. Slip gaji / pengesahan pendapatan ibubapa
iv. Salinan keputusan Akhir Tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah

Hantar borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:
Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian berikut:
019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)
Tarikh tutup: 15 April 2022
Bertekadlah untuk menuntut ilmu, moga kalian mendapat berkat dan dapat berkhidmat untuk keluarga, agama, bangsa dan masyarakat.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.