• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk Terima Anugerah Zakat Kebangsaan (Inovasi Terbaik Agihan)

MAIPk Terima Anugerah Zakat Kebangsaan (Inovasi Terbaik Agihan)

KUALA LUMPUR Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menerima Anugerah Zakat Kebangsaan (Inovasi Terbaik Agihan) bagi tahun 2017 di Majlis Perasmian Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) dan Seminar Pembangunan Serantau (SPAS) 2017. MAIPk memenangi anugerah tersebut dengan mempertandingkan Sistem Pintar Pengurusan Agihan Zakat (i-Syura) yang merupakan suatu produk inovasi oleh MAIPk.

Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin, semalam (23 November 2017) di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2017 dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Lembaga Tabung Haji (TH), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mempromosi dan menyebarluaskan informasi berkaitan amalan ibadah zakat dan pengurusannya oleh pusat pengurusan zakat, menyedarkan umat Islam bahawa Dana Zakat yang diuruskan oleh institusi ini adalah sebagai pelengkap kepada program-program pembangunan sosio-ekonomi negara yang dilaksanakan oleh Kerajaan, meningkatkan kefahaman dan keyakinan masyarakat mengenai kewajipan dan kepentingan sistem pengurusan dan perundangan zakat, memberi pendedahan mengenai produk-produk bantuan yang sedia ada serta mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara pusat-pusat pengurusan zakat dengan jabatan-jabatan, agensi-agensi, NGOs dan juga masyarakat dalam usaha memartabatkan syiar Islam melalui amalan berzakat di Malaysia.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.