• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Maybank Islamic Bayar Zakat RM350,000

27 Oktober 2012, Sabtu - Maybank Islamic Bhd telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM350,000.00 dalam satu majlis korban yang diadakan di Kg Lintah, Slim Village, Slim River, Perak. YBhg. Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak telah menerima cek tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Maybank Islamic Bhd, Encik Mustaffa Hisham bagi pihak Maybank Islamic Bhd. Majlis tersebut telah diadakan sempena program korban anjuran Maybank Islamic Bhd khusus untuk penduduk Kg Lintah, Slim Village. Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan dan daging telah diagihkan kepada penduduk kampung. Satu komitmen yang berterusan daripada Maybank Islamic Bhd dalam memperkasakan amalan berzakat di kalangan sektor korporat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.