• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Taklimat Zakat di Jabatan Pelajaran Perak dan Lembaga Air Perak

Taklimat Zakat di Jabatan Pelajaran Perak dan Lembaga Air Perak


Jumaat, 14 Disember 2012 - Dato' Dr.Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menyampaikan taklimat zakat kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Pelajaran Perak sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Perak. Turut hadir ialah Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Perak. Yg Bhg Dato' Dr Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan telah menerangkan pengertian dan kewajipan berzakat, asnaf, agihan wang zakat, jenis-jenis zakat dan isu-isu zakat. Unit Promosi juga telah membuka kaunter zakat sempena majlis tersebut.

Selepas memberikan taklimat zakat di Jabatan Pelajaran Perak pada sebelah pagi, Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak meneruskan lagi memberikan taklimat zakat khusus untuk kakitangan awam. Pada sebelah petang beliau memberikan taklimat zakat kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Air Perak. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar, Lembaga Air Perak, Dato' IR Muhamad Yusuf bin Mohd Isa. Satu pujian kepada Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan kerana tanpa rasa letih, beliau meneruskan sesi taklimat zakat pada dua majlis yang berbeza pada hari yang sama. Unit Promosi juga telah membuka kaunter zakat pada majlis tersebut.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.