• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Merasmikan Masjid Ubudiah dan Menyampaikan Bantuan Hari Raya

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Merasmikan Masjid Ubudiah dan Menyampaikan Bantuan Hari Raya

LENGGONG, 16 Mei 2019 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Ubudiah, Kampung Sumpitan serta berbuka puasa. Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Pengurusan, Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato Mohd Yusop bin Husin, Orang Besar Jajahan Hulu Perak Datuk Ar LA Meor Roslan bin Meor Ahmad Rashidi dan Ketua Polis Daerah Gerik Supt. Ismail Che Isa.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak serta para hadirin turut diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Encik Mohd Safar Samsudin sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat Fardu Maghrib bersama masyarakat di sekitar kariah tersebut.
Pada majlis itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan menyampaikan sumbangan Bantuan Hari Raya Aidilfitri (dana zakat) sebanyak RM422,500 kepada tujuh penghulu mukim iaitu Lenggong, Temelong, Durian Pipit, Gerik, Kerunai, Kenering dan Pengkalan Hulu yang mewakili 1,690 asnaf. Diharap dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka bagi keperluan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.