• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak dan ‘Adat Melayu Perak Yang Baharu

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak dan ‘Adat Melayu Perak Yang Baharu

IPOH, 17 Oktober 2019 - Sukacitanya Majlis Agama Islam Perak dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) ingin memaklumkan pelantikan YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu berkuatkuasa mulai 16 Oktober 2019. YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari sebelum ini telah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Majlis Penyampaian Nota Serah Tugas telah disempurnakan bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk,Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman (yang menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk sebelum ini) kepada YBrs. Tuan Shahrul Azam Bin Shaari selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu.

Seluruh warga MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima-kasih kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, di atas sumbangan dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang beliau menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk  mulai 1 Ogos 2018 hingga 15 Oktober 2019.

Seluruh warga MAIPk juga turut mengucapkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu. Semoga dengan pelantikan YBrs. Tuan Shahrul Azam Bin Shaari  ini akan meneruskan legasi kecemerlangan demi mencapai visi dan misi MAIPk.















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.