• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Program “Jom Cuci Masjid” di Masjid Al-Ihsaniah, Kampung Jalong Sungai Siput (U)

Program “Jom Cuci Masjid” di Masjid Al-Ihsaniah, Kampung Jalong Sungai Siput (U)

SUNGAI SIPUT (U), 21 Disember 2019 – Program “Jom Cuci Masjid” siri ke-37 di Masjid Al-Ihsaniah, Kampung Jalong Sungai Siput (U), Perak anjuran Jabatan Operasi Teknikal Media Prima Berhad telah berlangsung dengan jayanya. Program tersebut telah diisi dengan pemberian bantuan daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Pertubuhan Kebajikan Richwel serta Malaysian Community Care Foundation (MCCF) kepada asnaf-asnaf di sekitar kariah tersebut. Pemberian bantuan tersebut telah diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan MAIPk, En. Rohizan bin Omar dan Pengurus Unit Agihan Zakat, En. Muzammil bin Arbain. Turut serta pada program ini Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, En. Ahmad Nazim bin Hj. Md Tajuri serta para pegawai daripada Agihan Zakat MAIPk dan pekhidmat MAIPk Kuala Kangsar. Selain itu, pemberian bantuan ini juga turut disertai oleh Media Prima, Sifu Bikerz, AF Ustaz Mohd Hanafiah Abd Malek dan juga Ayahanda Rani Kulup. Sebanyak lima buah rumah telah disantuni dengan bantuan barangan dapur dan wang saku.














Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.