• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Program Gotong-Royong Bersepadu Antara Agensi Premis Tanah Perkuburan Peringkat Negeri Perak

Program Gotong-Royong Bersepadu Antara Agensi Premis Tanah Perkuburan Peringkat Negeri Perak

IPOH, 20 Jun 2020 (Sabtu) - Program Gotong-Royong Bersepadu Antara Agensi di Premis Tanah Perkuburan telah berlangsung dan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu di tanah Perkuburan  Islam Kg. Rapat Jaya. Pihak MAIPk turut bersama-sama menjayakan program gotong royong ini diketuai oleh  Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari.

Program ini turut berlangsung serentak di semua daerah di negeri Perak sebagai inisiatif untuk membersihkan tanah perkuburan sambil menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya  menjaga kebersihan dan memastikan tapak perkuburan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes sebagai punca penularan demam denggi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program gotong-royong bersepadu ini dan semoga program gotong-royong seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam memastikan kebersihan di sekitar tanah perkuburan sentiasa bersih dan terjaga.
















Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.