• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Jejak Asnaf Daerah Manjung

MANJUNG, 23 Jun 2020 - Program Jejak Asnaf  menjadi satu program keutamaan pihak MAIPk dalam memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat  dibantu sebaiknya. Pihak MAIPk dapat  bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik ini  walaupun lokasinya di dalam kawasan pedalaman kampung. Pada kali ini pihak MAIPk telah menyantuni  empat buah rumah asnaf di sekitar daerah Manjung .

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari telah mengetuai program ini bersama-sama Orang Besar Jajahan Manjung dan Anggota MAIPk, YDH. Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin bin Haji Nazari, Pegawai Baitulmal Daerah Manjung, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor  dan para pegawai agihan dan daerah MAIPk.

Hasil kunjungan yang dijalankan, pelbagai jenis bantuan akan dipertimbangkan oleh pihak MAIPk seperti bantuan kewangan, bantuan bina rumah dan baikpulih rumah sebagai langkah susulan daripada program jejak asnaf ini agar nasib mereka akan terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya.














Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.