• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Taklimat khas kepada pelajar tajaan MAIPk di luar negara yang pulang ke Malaysia akibat Covid-19

Taklimat khas kepada pelajar tajaan MAIPk di luar negara yang pulang ke Malaysia akibat Covid-19

Kuala Kangsar, 10 Julai 2020 - Satu taklimat khas telah diadakan oleh MAIPk dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Auditorium USAS mengenai pelajar tajaan MAIPk di luar negara yang pulang ke Malaysia akibat Covid-19. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.

Pada taklimat tersebut, beberapa perkara dan penjelasan penting telah dibuat kepada para pelajar antaranya ialah mengenai Dermasiswa yang diperoleh pelajar tajaan MAIPk akan diteruskan sekiranya mereka berhasrat meneruskan pengajian melalui program khas ditawarkan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
Tawaran itu terbuka kepada pelajar yang menuntut di negara Asia Barat dan memperoleh dermasiswa tajaan MAIPk namun terpaksa pulang ke tanah air susulan penularan wabak Covid-19.

Dermasiswa bagi pelajar yang menerima tawaran khas itu akan diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Bagi pelajar dalam kategori sama namun tidak menerima dermasiswa MAIPk sebelum ini, mereka masih boleh memohon untuk mendapatkan tajaan itu.
Hal ini merupakan langkah proaktif dilakukan secara bersama dengan USAS yang dianggap belum pernah ditawarkan mana-mana pihak.

Kadar tajaan yang akan diberikan kepada pelajar yang menerima tawaran itu akan dibayar berdasarkan kadar pelajar tempatan berbanding kadar pelajar luar negara seperti yang diterima sebelum ini.

Pelajar peringkat diploma akan menerima RM3,000 setahun bagi had jangka masa pengajian selama tiga tahun. Manakala peringkat ijazah adalah sebanyak RM5,000 setahun bagi had pengajian selama empat tahun.

Bagi pelajar tahfiz, mereka akan menerima RM1,500 setahun bagi had sehingga tujuh tahun. Jumlah bayaran juga bergantung kepada tempoh masa mereka harus mengikuti pengajian di USAS termasuk selepas mengambil kira pemindahan kredit pengajian.

Sehingga kini terdapat seramai 285 pelajar tajaan MAIPk dari pelbagai universiti di negara Timur Tengah termasuk Mesir, Saudi Arabia, Jordon serta Maghribi yang pulang ke Malaysia sejak Februari tahun ini susulan pandemik Covid-19.

Turut hadir pada taklimat ini ialah Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan),  Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari serta Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS, Anas Md Yusof.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.