• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Bicara Kesultanan Melayu Perak

IPOH, 14 Ogos 2020 - Program Bicara Kesultanan Melayu Perak telah diadakan di Kompleks Islam Darul Ridzuan yang disampaikan oleh YABhg. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Dato’ Seri Wan Mohd. Fathir @ Fadzir bin Wan Hussain, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar dan juga merupakan Anggota, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Bicara Kesultanan Melayu Perak yang diadakan pada hari ini mengumpulkan para pegawai daripada Iima institusi agama Islam negeri Perak yang bernaung di bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan iaitu MAIPk, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Pendakwaan Syariah.

Program Bicara Kesultanan Melayu Perak ini memberi peluang dan ruang kepada semua warga kerja institusi agama memahami dan mendalami tentang peri pentingnya peranan institusi Diraja di mana Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
















Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.