• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Lawatan Kerja Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Ke MAIPk

Lawatan Kerja Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Ke MAIPk

IPOH, 3 September 2020 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Lawatan kerja ini disertai seramai sembilan orang pegawai MAIS yang diketuai oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari telah mempengerusikan sesi taklimat MAIPk yang menyentuh beberapa skop iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf, Aktiviti Pembangunan Ekonomi MAIPk, Projek dan Program Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) serta Pengurusan Masjid di Negeri Perak.

Lawatan kerja ini ternyata dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dengan MAIPk. Semoga hubungan yang erat antara kedua-dua institusi majlis agama ini dapat diperkukuhkan demi kepentingan ummah.









Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.