• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Bengkel Pembentukan Model Perniagaan Usahawan Asnaf Dan Kajian Keberkesanan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A) Di Negeri Perak

Bengkel Pembentukan Model Perniagaan Usahawan Asnaf Dan Kajian Keberkesanan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A) Di Negeri Perak

IPOH, 28 - 29 September 2020 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Bengkel Pembentukan Model Perniagaan Usahawan Asnaf dan Kajian Keberkesanan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru. Bengkel ini dianggotai oleh enam Ahli Jawatankuasa Kerja Kajian Keberkesanan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf Di negeri Perak yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Prof. Dr. Nordin bin Kardi.

Lapan agensi turut serta dalam menjayakan bengkel ini yang terdiri daripada WANCorp, Johor Corporation, Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Perak, Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. , SME Corp Malaysia, QSR Brands (M) Holdings Bhd., 99 Speed Mart Sdn. Bhd., Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Wilayah Trolak.

Semoga bengkel yang dianjurkan ini dapat memberikan nilai tambah dan menghasilkan resolusi bagi memantapkan lagi program pembangunan asnaf sekaligus berupaya meningkatkan taraf ekonomi asnaf melalui latihan kemahiran dan bantuan modal MAIPk.


















Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.