• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Jejak Asnaf Daerah Muallim

MUALLIM, 13 Januari 2021 – Pembukaan program Jejak Asnaf bagi tahun 2021 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diadakan di sekitar daerah Muallim untuk menterjemahkan dan memperkasakan  keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik. Memberi makna besar kepada MAIPk dalam memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat  dibantu sebaiknya.  Pihak MAIPk dapat  bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik ini  walaupun lokasinya di dalam kawasan pedalaman kampung.

Program Jejak Asnaf  ini telah menyasarkan kepada 5 buah rumah asnaf terpilih iaitu di sekitar Trolak Timur, Trolak Pekan, Slim River, Slim Village dan Tg. Malim. Program Jejak Asnaf tersebut telah diketuai  oleh  YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim,  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, YBrs. Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Pegawai Baitulmal Daerah Muallim, Encik Nabil Fikri serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk. Pihak MAIPk telah menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan MAIPk daerah Muallim dan memberi bantuan barangan dapur dan duit saku untuk setiap keluarga.




















Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.