• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad

Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad

IPOH, 15 Januari 2021 -  Majlis Penyerahan  Zakat  Perniagaan oleh Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Pihak Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad menunaikan Zakat Perniagaan berjumlah RM47,803.09 bagi tahun berakhir 2019 yang diserahkan oleh  Dato’ Haji Sabari bin Misran, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad kepada  YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Pada majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Faiz bin Zakaria, Pengurus Bahagian Pemasaran MAIPk. Semoga penyerahan zakat ini berterusan dan dapat membantu ke arah pembangunan dan keperluan asnaf zakat di negeri Perak serta perniagaan yang diusahakan bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya.










Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.