• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Undian Kontraktor 2021

Sebanyak 264 syarikat telahpun berjaya dilantik bagi menjalankan kerja-kerja di bawah Skim Bantuan Bina dan Baik Pulih Rumah MAIPk kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin.

Alhamdulillah, pada hari ini undian telah dibuat bagi menentukan giliran syarikat-syarikat ini menjalankan kerja-kerja pembinaan dan pembaikan rumah asnaf yang telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Baitulmal MAIPk.

Bagi tahun 2020, sebanyak 167 unit rumah berjaya dibina dengan kos sebanyak RM7,712,035.00 dan 318 unit dibaikpulih dengan kos sebanyak RM5,214,047.71 manakala bagi tahun 2019, sebanyak 285 unit rumah berjaya dibina dengan kos sebanyak RM 12,994,800.00 dan 481 unit dibaikpulih dengan kos sebanyak RM6,640,026.48.

Semoga syarikat-syarikat yang dilantik dapat memberi kerjasama dan melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan baik supaya dapat memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada asnaf yang layak.

Maklumat lanjut berkenaan zakat boleh layari: https://www.maiamp.gov.my

#KamiAda
#ZakatPerakAda
#ZakatMAIPk
#ZakatPerak
#MAIPkSamaBantu
#MohKiteBerzakat
#ZakatOnline




































Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.