• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Pelajar Tajaan MAIPk Harumkan Nama Negara

Pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Siti Naziah Mohamad Nazid, mengharumkan nama negara apabila berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kesembilan di dunia bagi kertas Audit & Assurance (AA) dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) bagi Mac 2021.

Siti Naziah 21, berasal daripada Kamunting, Taiping merupakan anak sulung daripada dua beradik, menghadapi cabaran yang getir kerana kehilangan ayah pada 2018 akibat kanser. Ketika itu, beliau sedang sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT).

Beliau berjaya menempatkan diri dalam kalangan mereka yang berjaya secara berterusan dan menamatkan pengajian bermula daripada CAT sehingga ke peringkat ACCA. Beliau di bawah seliaan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) merupakan antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.

Kejayaan Siti Naziah daripada golongan asnaf telah membuktikan beliau mampu berjaya dengan cemerlang di peringkat global. Tahniah diucapkan daripada pihak MAIPk.



Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.