• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Majlis Pelancaran Bank Makanan (Food Bank) MAIPk Di Daerah Manjung

Majlis Pelancaran Bank Makanan (Food Bank) MAIPk Di Daerah Manjung

MANJUNG, 20 April 2021 - Satu Majlis Pelancaran Bank Makanan (Food Bank) MAIPk telah diadakan di Masjid An-Nawawi, Kg. Pengkalan Baharu, Pantai Remis dan telah disempurnakan oleh YDH Toh Seri Bijaya, Leftenan Kolonel (B) Dato’ Shaharudin bin Haji Nazari Orang Besar Jajahan Manjung. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk dan Encik Muhamad Razif bin Mokhtar, Pegawai Baitulmal Daerah Manjung. Bank Makanan (Food Bank) MAIPk ini akan dilaksanakan berperingkat meliputi setiap daerah di negeri Perak.


OBJEKTIF

  1. Membantu penduduk Islam di negeri Perak yang mengalami masalah terputus bekalan makanan dapat diatasi dalam tempoh yang singkat.
  2. Memastikan jaminan kelangsungan bekalan makanan bagi golongan Miskin untuk membasmi masalah kelaparan dan ketiadaan makanan.
  3. Menjadikan masjid sebagai pusat kebajikan setempat dan bertindak sebagai agen kepada MAIPk diperingkat kariah masjid.


KUMPULAN SASARAN

  1. Golongan yang terputus bekalan makanan yang dikenalpasti kesusahannya.
  2. Penerima bantuan kewangan bulanan daripada agensi pemberi bantuan seperti MAIPk, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.
  3. Ahli kariah yang memerlukan bantuan yang dikenalpasti berkelayakan dari semasa ke semasa

 

KONSEP PELAKSANAAN

  1. MAIPk melantik masjid sebagai pihak bertanggungjawab untuk menguruskan pusat bekalan makanan.
  2. MAIPk melantik syarikat pembekal makanan untuk menguruskan pembekalan barangan makanan kepada pihak masjid.
  3. Pihak masjid melantik mana-mana ahli jawatankuasa kariah sebagai individu yang bertangungjawab dalam pengagihan makanan tersebut.

 

  1. KAEDAH PENYALURAN :

 

 

  1. Ahli kariah yang memerlukan boleh hadir ke masjid untuk mendapatkan barangan makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  2. Pihak masjid membuat penghantaran ke rumah ahli kariah yang telah dikenalpasti berkelayakan melalui bancian yang dilaksanakan oleh pihak masjid.

 

  1. Setiap pengagihan akan direkodkan maklumat penerimaan untuk tujuan auditan.








Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.