• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Jejak Asnaf Daerah Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 4 Mei 2021 –Pihak MAIPk terus memperkasakan program jejak asnaf di daerah Kuala Kangsar dengan menyantuni empat buah keluarga di RPA 5 Jalan Sultan Iskandar, Jerlun, Kg. Kuala Sayong Hilir, Kota Lama Kanan dan Kota Lama Kiri. Program jejak asnaf tersebut telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari dan turut disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan) Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, A.F Ustaz Bakri bin Lee, Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor serta anggota MAIPk, Encik Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah.

Setiap rumah yang dikunjungi, pihak MAIPk telah menyalurkan bantuan berbentuk kewangan dan barangan dapur bagi kegunaan dan perbelanjaan mereka. Hasil kunjungan yang dijalankan, pelbagai jenis bantuan akan dipertimbangkan oleh pihak MAIPk seperti bantuan baikpulih rumah, bantuan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan kerusi roda dan bantuan perubatan. Ribuan terima kasih kepada pembayar zakat negeri Perak. Semoga hasil sumbangan ini menjadi bekalan pada hari akhirat kelak serta dilimpahi rezeki yang berpanjangan.


















Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.