• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • MAIPk - JPJ Perak Santuni Asnaf Dalam Program Kongsi Rezeki

MAIPk - JPJ Perak Santuni Asnaf Dalam Program Kongsi Rezeki

RABU, 05 Mei 2021 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak telah mengadakan satu Program Kongsi Rezeki yang menziarahi asnaf dan menyerahkan sumbangan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program Kongsi Rezeki telah dilaksanakan di serentak tujuh buah daerah. Sebanyak 35 buah keluarga disantuni dalam program ini dengan daerah Kinta sebanyak 10 buah keluarga, Teluk Intan 5 buah keluarga , Gerik 5 buah keluarga, Manjung 5 buah keluarga,Taiping 5 buah keluarga,Tapah 3 buah keluarga dan Kuala.Kangsar  2 buah keluarga.

Bagi program di peringkat ibu pejabat diadakan di daerah Kinta turut melibatkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak, Tn. Mohammad Yusof bin Abustan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari bersama beberapa orang pegawai JPJ dan MAIPk yang lain.

Ketika sesi ziarah dijalankan, pihak JPJ Perak menyalurkan Bantuan Kotak Makanan dan Kotak Aidilfitri serta beras manakala pihak MAIPk memberikan sumbangan wang tunai serta duit raya kepada setiap keluarga yang dikunjungi.

Senyuman kegembiraan jelas terpancar pada setiap riak wajah asnaf yang dilawati sepanjang hari ini. Dengan bantuan dan sumbangan yang diterima dapatlah membantu mereka membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Alhamdulillah pelaksanaan program berjalan lancar di semua daerah dengan pelbagai coretan kisah keperitan hidup turut dikongsikan bersama kepada rombongan yang berkunjung.

Semoga program-program kolaborasi seperti ini dapat diteruskan bersama agensi-agensi lain agar tanggungjawab bagi menyantuni isu-isu kemiskinan masyarakat dapat dipikul bersama-sama oleh semua pihak.Terima kasih kepada semua pembayar zakat dan pihak yang menginfak bagi Program Kongsi Rezeki ini. "Kalian Adalah Wira Asnaf Sebenar".
















Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.