• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Bantu Mangsa Langgar Lari

Seperti biasa Mohamad Razali Bin Abdul Aziz menjalankan tanggungjawab mengambil anak pulang dari sekolah. Hari itu sungguh malang. Tidak diduga beliau dilanggar oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Sudah dilanggar terus melarikan diri.

Kemalangan membuatkan Razali menanggung derita berpanjangan.

Selepas kemalangan itu beliau terus menderita. Beliau masih belum boleh berniaga. Sedangkan beliau perlu menanggung anak yang masih bersekolah.

Razali juga perlukan wang untuk merawat sakitnya. Selain itu sewaan rumahnya juga perlu dijelaskan setiap bulan sebanyak RM450.00.

Beliau buntu memikirkan keadaannya. Mata pencariannya masih tertutup. Kehilangan daging di betisnya masih perlu dirawat.

Setelah mendapat berita kesempitan hidup beliau, pihak Zakat Perak-MAIPk daerah Muallim pergi mengunjunginya.

Setelah dinilai, beliau layak dibantu di bawah Skim Bantuan Perubatan. Mudahan bantuan perubatan sebanyak RM10,840.40 dapat meringankan beban perubatan beliau.

Moga Razali cepat pulih dan dapat kembali berniaga sepertimana biasa. Demi mencari pendapatan untuk perbelanjaan diri dan keluarga.

Sungguh beliau tidak sangka, zakat dapat membantu masalah yang sedang dihadapinya. Beliau berterima kasih kepada pengeluar zakat. Mudahan Rezeki muzakki makin bertambah.

2.5% zakat anda, meringan beban 8 asnaf.
2.5% jumlahnya kecil, namun besar bagi mereka yang memerlukan.

Yakini kami!
Terus menunaikan kewajipan zakat anda di Zakat Perak-MAIPk.
Pembayaran zakat harta secara online PILIHAN UTAMA.
Klik: https://ezakat.maiamp.gov.my


#ZakatPerakAda
#MAIPkSamaBantu
#MohKiteBerzakat
#SkimBantuanPerubatan
#2.5PeratusZakatMeringanBebanAsnaf





Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.