• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Serahan Bantuan Tablet Membantu Melancarkan PDPR

SELAMA, 12 Ogos 2021 - Seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 sekolah menengah dari daerah Selama menerima tablet percuma. Diikuti oleh 9 orang pelajar yang mendapat tajaan dermasiswa MAIPk juga telah menerima bantuan tablet ini. Majlis telah diadakan di pejabat pentadbiran MAIPk, daerah Selama yang disempurnakan oleh YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’Haji Wan Mohd Isa bin Dato Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama.

Kemudahan alat pembelajaran tablet sangat penting dalam membantu Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada para pelajar ekoran sistem pendidikan yang berubah sejak pendemik COVID-19 melanda. Justeru semua pihak mengambil peranan masing-masing dalam memikir dan menangani keperluan asas alat pembelajaran. MAIPk memainkan peranannya dalam agihan dana zakat golongan yang memerlukan. Anak-anak Perak dan muzakki, hadirlah bersama MAIPk membantu anak-anak yang sedang belajar untuk memastikan generasi akan datang mampu menjamin masa hadapan mereka.




Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.