• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir Melawat Wisma Perak Di Kaherah, Mesir

Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir Melawat Wisma Perak Di Kaherah, Mesir

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak mengalu - alukan kehadiran TYT Zamani Ismail dan merakamkan penghargaan terima kasih di atas kesudian beliau untuk meluangkan masa ke Wisma Perak Baitul Ridzuan dalam kesibukan jadual yang padat.

Lawatan beliau pada 2 September 2021 (Khamis) dalam rangka melihat dengan lebih dekat aspek pengurusan dan kebajikan anak-anak Perak di Mesir.

Keprihatinan Kerajaan Negeri Perak serta peranan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) termasuk pelbagai agensi seperti SUK Perak, Jabatan Agama Islam Perak dan Yayasan Perak dalam memastikan kebajikan mahasiswa turut mendapat perhatian beliau.

Harapan beliau agar keprihatinan semua pihak terhadap kebajikan anak-anak Perak di Mesir dapat di balas dengan menyempurnakan amanah sebagai penuntut ilmu dengan sebaiknya.

TYT Zamani Ismail juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada anak-anak Perak yang berjaya dalam peperiksaan sesi 2020/2021. Kisah kejayaan anak Perak pada tahun ini dalam pelbagai bidang turut dikongsi bersama seperti karya khat yang terpilih ke Pameran Antarabangsa Khat di Mesir dan usaha penulisan karya ilmiah.

Pentadbiran ini juga akan menjayakan hasrat TYT Zamani Ismail untuk bersua muka bersama anak-anak Perak dan kepimpinan Keluarga Pelajar Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) pada majlis yang akan diaturkan kelak.

Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah Islamiah di antara kita semua.


Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.