• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Mc Donald's Malaysia

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Mc Donald's Malaysia

16 Nov 2021(Selasa). Suatu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan telah diadakan di McDonald's Putrajaya Presint 2. Ia disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary bersama Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Amir Jaafar kepada wakil urus zakat daripada 14 negeri.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Shahrul Azam Bin Shaari dan Pengurus Besar Pemasaran, Encik Ahmad Nazim Bin Md Tajuri.

McDonald's Malaysia pada kali ini mengagihkan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia. Ia merupakan jumlah terbesar semenjak McDonald's Malaysia mula membayar Zakat perniagaan sejak lima tahun lalu, apabila syarikat itu mula diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Semoga bayaran zakat oleh McDonald's Malaysia ini memberi sejuta rahmat dan manfaat bagi masyarakat di negeri Perak.














.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.