• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Taklimat Penyelarasan Program Pentauliah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 & Penyerahan Sumbangan Zakat PNB

Taklimat Penyelarasan Program Pentauliah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 & Penyerahan Sumbangan Zakat PNB

Baru-baru ini suatu majlis Taklimat Penyelarasan Program Pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Penyerahan Sumbangan Zakat PNB telah diadakan di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Majlis yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang itu dijalankan atas beberapa objektif.

Objektif utamanya adalah untuk menyampaikan taklimat dan mengumpulkan butiran lengkap 33 orang usahawan asnaf MAIPk yang akan menerima tauliah Pensijilan SKM Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia pada 21 Disember 2021 nanti. Daripada 33 orang usahawan asnaf MAIPk itu, 18 orang bakal menerima tauliah SKM dalam bidang spa manakala 15 orang lagi dalam bidang salun rambut Muslimah. Taklimat itu telah disampaikan oleh Cik Nikky Pir Khan, Presiden Persatuan Spa Negeri Perak dan Puan Su Harisun yang memiliki tiga buah pusat Salun Rambut Humaira.

Dalam majlis tersebut, pihak MAIPk turut memyampaikan taklimat yang berkaitan. Taklimat disampaikan oleh Encik Noraizad Rosli, Pengurus Unit Pemerkasaan Anaf MAIPk. Sebagai mewakili pihak MAIPk, Encik Noraizad turut menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah kepada kesemua usahawan asnaf yang bakal menerima tauliah SKM Tahap 3 tersebut.

Selain itu, dalam majlis yang sama, MAIPk menyampaikan bantuan kewangan melalui dana zakat Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menampung kos majlis graduasi usahawan asnaf tersebut. Penyerahan bantuan itu telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, MAIPk.

Syabas dan tahniah kepada kesemua usahawan yang berkenaan kerana telah membuktikan bahawa segala bantuan dan sokongan yang diberikan MAIPk selama ini tidak sia-sia. Kejayaan mereka turut menjadi kebanggaan para muzakki negeri Perak. Semoga kejayaan yang dicapai ini mencetuskan keazaman, keyakinan dan kesungguhan dalam kalangan asnaf yang sedang membina suatu kehidupan yang lebih bermakna menerusi pelbagai bantuan yang disalurkan oleh pihak MAIPk.

Yakini MAIPk, yakini mustahiq. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk. Setelkan zakat anda sebelum 31 Disember ini untuk mendapatkan rebat cukai pendapatan individu daripada LHDN. Untuk berzakat melalui online FPX, klik:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.