• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Majlis Pelancaran Program Masjid Angkat Dan Penyerahan Wakalah Zakat Maybank Islamic

Majlis Pelancaran Program Masjid Angkat Dan Penyerahan Wakalah Zakat Maybank Islamic

IPOH, 17 Disember 2021: Maybank Islamic menerusi Pejabat Maybank Wilayah Perak melancarkan Program Masjid Angkat dan menyerahkan sumbangan berjumlah RM98,923.76 daripada dana wakalah zakat bagi membantu para pelajar daripada golongan asnaf yang kurang berkemampuan di sekitar negeri Perak di sini, hari ini. Sumbangan disampaikan melalui 19 buah masjid yang telah terpilih.

Majlis pelancaran program dan penyerahan replika cek wakalah zakat berkenaan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor.

Majlis ini turut dihadiri Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ahli Lembaga Pengarah Maybank Islamic En Dali Sardar, Ketua Perbankan Kominiti Maybank Islamic, En Azzady Jamaluddin, Pengarah Maybank Wilayah Perak, Datin Munirah Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank, Dato’ Fad’l Mohamed serta Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Program Masjid Angkat Maybank Islamic merupakan inisiatif untuk merealisasikan transaksi tanpa tunai di masjid-masjid negeri Perak menggunakan aplikasi Maybank QR Pay bagi tujuan infaq atau derma kepada masjid berkenaan.

~Inisiatif Infaq Tanpa Tunai Di Masjid Negeri Perak~










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.