• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • Majlis Jamuan Hari 'Aidilfitri 1434H MAIPk Meriah Dengan Kehadiran Orang Ramai

Majlis Jamuan Hari 'Aidilfitri 1434H MAIPk Meriah Dengan Kehadiran Orang Ramai

IPOH Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya 'Aidilfitri MAIPk 1434H pada 20 Ogos 2013 di lot parkir bersebelahan Kompleks Islam Darul Ridzuan. Majlis ini dianjurkan bagi mempereratkan ukhuwah antara MAIPk dengan masyarakat bersempena dengan bulan Syawal ini. Di samping itu, majlis ini turut meraikan para pembayar zakat dan pelbagai pihak yang banyak membantu MAIPk membangunkan sosio-ekonomi ummah di Negeri Perak.

Dalam majlis ini, pihak MAIPk turut menyantuni golongan saudara baru asnaf Fakir dan Miskin yang tinggal berhampiran daerah Kinta. Pihak MAIPk memberikan sumbangan dalam bentuk tunai dan beg goodies kepada saudara-saudara baru. Antara tetamu jemputan yang hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato' Haji Salleh bin Haji Ahmad, YBrs. Tuan Haji As'ad bin Awang, YBhg. Dato' Haji Hashim bin Kasmon dan YBhg. Dato' Kamarudzaman bin Mahmud



Kod QR
Scan the QR Code on your smartphone for mobile version.