• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • BANTUAN BINA RUMAH : BANTUAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

BANTUAN BINA RUMAH : BANTUAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

Ismail bin Bakri
Parit Haji Taib, Bagan Serai
Bantuan Bina Rumah


BAGAN SERAI - Rumah yang didiami oleh Encik Ismail Bakri di Parit Haji Taib, Bagan Serai bersama-sama isteri, dua orang anaknya serta seorang kakaknya itu merupakan rumah pusaka turun-temurun daripada moyangnya sendiri. Sekurang-kurangnya, tidaklah perlu dia menyediakan apa-apa bayaran sewa yang tentunya akan menambah bebannya jika tinggal di rumah sewa.

Namun, rumah pusaka yang didiami mereka itu bukanlah rumah yang baru dibina sepuluh dua puluh tahun yang lepas. Namanya pun rumah pusaka daripada moyangnya. Entah berapa usia sebenar rumah itu pun sudah tidak diketahui. Jika dilihat secara luarannya pun, rumah itu kelihatan seperti rumah tinggal yang tidak berpenghuni kerana keadaan fizikal rumah itu sudah terlalu usang.

Bukanlah Encik Ismail mengimpikan rumah yang serba mewah dan indah. Impiannya hanyalah untuk dapat membaik pulih rumahnya itu agar dapat mereka tinggal di situ dengan rasa aman dan selamat. Hanya sekadar itu. Perasaannya selalu dilanda kebimbangan kerana rumah yang didiami mereka itu bagai menanti masa untuk roboh. Tetapi semua itu hanyalah impian. Manalah termampu olehnya yang hanya beroleh pendapatan sekitar RM500 sebulan sebagai kelindan lori.

Dalam berhadapan dengan kebuntuan itu, bantuan Allah SWT tiba tanpa disangka-sangka. Syukurnya tidak terhingga. Keadaan rumahnya itu mendapat perhatian MAIPk dalam Program Jejak Asnaf MAIPk Bagan Serai pada tahun 2021 yang lalu. Berdasarkan siasatan lanjut, MAIPk mendapati bahawa rumah itu sudah tidak sesuai untuk dibaik pulih sebaliknya perlu digantikan dengan rumah yang baharu.

Alhamdulillah, setelah rumah tiga bilik bernilai RM76,500 itu siap dibina sepenuhnya, MAIPk menyerahkan kunci rumah baharu tersebut kepada Encik Ismail pada 23 Mei 2022 yang lalu. Semoga dengan bantuan bina rumah tersebut dapat memberikan suasana kehidupan yang lebih selesa dan selamat buat Encik Ismail sekeluarga. Terima kasih para muzakki negeri Perak. Teruskan istiqamah melaksanakan kewajipan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk untuk membela nasib asnaf. Tunaikan zakat harta anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.