• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL PERALATAN : REZEKI MENJAHIT

Norishah binti Murat
Kampung Sungai Siputeh, Rantau Panjang
Bantuan Modal Peralatan


Selama - Alhamdulillah, Puan Norishah binti Murat, 35 tahun dari Kampung Siputeh, Rantau Panjang diberikan Allah SWT kemahiran dalam menjahit pakaian. Dengan kemahiran yang ada itu, dapatlah dia mengambil tempahan pakaian untuk menambah pendapatan keluarga. Selesai menguruskan hal-hal rumah tangganya, dia akan menghadap pula mesin jahit tuanya itu.

Begitulah rutin harian Puan Norishah dalam membantu suaminya menampung keperluan hidup mereka sekeluarga. Suaminya yang berusia 39 tahun itu hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu. Empat orang anak mereka pula masih di bangku sekolah menengah dan rendah serta prasekolah manakala yang bongsu baru berusia tiga tahun.

Namun, keadaan mesin jahit lama itu seperti tidak mampu bertahan lagi. Sedangkan mesin jahit itulah yang dapat membantunya menambah rezeki untuk mereka sekeluarga. Bukan dia tidak berhasrat untuk mengambil tempahan secara pukal daripada mana-mana pihak yang berminat untuk membuat tempahan dengannya tetapi keadaan mesih jahitnya yang uzur itu membataskan niat tersebut.

Untuk membeli mesin jahit yang baharu, Puan Norishah tidak berkemampuan. Memikirkan bahawa dengan adanya mesin jahit baharu, dia dapat menerima tempahan yang lebih banyak maka Puan Norishah pun membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada MAIPk.

Setelah siasatan dijalankan, MAIPk mendapati bahawa Puan Norishah selayaknya diberikan bantuan yang bersesuaian. Akhirnya, permohonan Puan Norishah telah diluluskan. Pada 14 Jun 2022 yang lalu, Pegawai Baitulmal Daerah Selama, Cik Nur Fatin Azarina binti Nor Affendy telah menyerahkan bantuan modal peralatan kepada Puan Norishah berupa sebuah mesin jahit Brother Coverticth dan sebuah mesin jahit Brother INV 180D yang kesemuanya bernilai RM6499. Semoga dengan bantuan tersebut akan dapat melonjakkan usaha Puan Norishah dalam meningkatkan pendapatannya demi sebuah kehidupan yang lebih baik buatnya sekeluarga.

Terima kasih para muzakki negeri Perak. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk untuk bersama-sama kami memperjuangkan nasib golongan mustahiq dalam membaiki taraf kehidupan mereka. Tunaikan sahaja secara online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.